All About Bakery
tempahan kek cupcake pulut kuning masakan tradisional
By: Nurul Ain Abdul Rauf

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 29-Mar-2010 13:20 Email | Share | | Bookmark
Simple Butter Cupcake

 
Ok, entry nie untuk butter cupcake yang saya buat tahun lepas. Some of old pic yang tersimpan. Maklumla, cara orang lama, buat kuih mana pandai nak simpan gambar. Sesejak diperkenalkan ke fotopages nie baru la tercari-cari gambar kek-kek yang pernah dibuat. Tengah tengok-tengok folder lama, tetiba jumpa gambar ni. Bole la buat entry kali nie kan.

So, nie cupcake yang pernah saya hasilkan. Cuma hiaskan dengan garisan coklat. Kalau tak silap, kek nie dibuat untuk jualan amal sekolah anak yang sulong. Dah ingat-ingat lupa eventnye. Maklumla, dah setahun jugak.

Ok, apa-apa pon sesape yang raser nak tempah cupcake nie untuk kenduri ke, akikah ke, sila la hubungi saya.

Nukilan,
Along,
Bukit Baru, Melaka.



Saturday, 20-Mar-2010 07:50 Email | Share | | Bookmark
Introduction to All About Bakery

 
Assalamualaikum,
Salam perkenalan kepada semua fotopages.

Ini merupakan entry pertama saya setelah di perkenalkan oleh adik ipar saya bagi mempromosikan produk yang saya ingin tawarkan.


Nothing special, saya hanya orang biasa yang sangat suka memasak terutama membuat kek. Mempunyai 3 orang anak yang semuanya masih bersekolah, suri rumah sepenuh masa dan saya ingin mengunakan masa terluang untuk manfaat insan lain di samping menambah pendapatan.

Dalam bidang membuat kek, saya masih lagi belajar untuk memenuhi kehendak anda. Saya sedaya upaya akan cuba memenuhi permintaan anda dan berkongsi ilmu dalam bakery bersama anda.

Sebagai permulaan, saya menawarkan perkhidmatan untuk membuat cupcake (basic & dihias) untuk tempahan perkahwinan ataupun kenduri kecil seperti akikah, sambutan hari jadi, hari guru dan sebagainya. Kalau mahu, saya juga boleh menyediakan cupcakes dalam hiasan-hiasan comel, diisi dalam bekas kecil yang comel and di hias dengan reben. Selalunya, permintaan mcm ni untuk kenduri akikah atau pun sambutan hari jadi untuk anak-anak di sekolah.

Anda juga bole menempah kek-kek lain untuk kenduri ataupun open house. Jenis kek ape? Sila hubungi saya sebab nanti panjang pulak entry ni kalau nak di listkan. Untuk kek hantaran, opsss!!!! saya masih lagi mencuba untuk mandapatkan skill terbaik untuk menghias kek. Tunggu!!!!! Saya akan launch di sini bila saya dah betul2 bersedia. Bukan ape, takut nanti saya akan mengecewakan anda

Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menempah masakan panas, mcm mee goreng, pulut kuning & rendang, bubur tradisional ataupun kuih-muih, pon bole. Nak siap bungkus kan dalam bekas plastik pon tidak menjadi masalah. Selagi saya dapat memudahkan anda.

Jadi, kalau berminat, silala hubungi saya:

Nurul Ain Abdul Rauf (Along),
Tel: 017-6752668 or 06-2882803


Alamak, sebelum terlupa, sebagai permulaan saya mengambil tempahan sekitar bandar Melaka (kawasan berdekatan Bukit Baru). Nanti kita kembangkan perlahan-lahan ye!

Harga, jangan risau! Semuanya boleh dirunding mengikut budget anda. Yang penting, anda berpuas hati dan happy dengan perkhidmatan dan makanan yang saya sediakn.



Nukilan Ikhlas,
ALong,
Bukit Baru, Melaka.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net